Gubahan bunga rumah terbuka

Gubahan bunga rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika ini pasti ramai yang sibuk membuat persiapan rumah terbuka, kan?

Selain memikirkan menu hidangan untuk dijamu pada tetamu yang berkunjung, sudah tentu dekorasi kediaman juga antara perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Kali ini, Seri kongsikan idea gubahan bunga untuk diletakkan pada bahagian meja makan atau meja sisi mengikut kesesuaian kediaman masing-masing.

Idea gubahan daripada pereka produk BloomThis, Jerry ini menggunakan bunga-bungaan daripada rona yang sesuai dengan elemen Syawal yang penuh dengan kemeriahan dan kebahagiaan.


Gubahan mawar mekar
Gubahan yang pertama ini menggunakan bunga mawar sebagai asas melambangkan kelembutan.

Ia menggabungkan beberapa jenis mawar iaitu spray rose dan tea rose. Kemudian dipadankan dengan dancing lady berwarna kuning bagi membangkitkan kontras warna.

Jambangan hydrangea berona ungu turut diselitkan pada bahagian hadapan bagi menambahkan volume pada gubahan.

Gubahan bunga ini sesuai diletakkan pada bahagian dinding atau meja makan berona sedikit gelap untuk menonjolkan warna bunga yang cantik.

Dalam satu pasu bersaiz sederhana, letakkan daun pelepah, eucalyptus baby blue, dancing lady serta kerangka berwarna emas mengikut kreativiti masing-masing.

Selitkan jambangan hydrangea pada bahagian hadapan untuk efek ‘penuh’.

Langkah terakhir, sematkan spray rose yang mekar pada ruangan kosong untuk memberi kontra warna serta menjadikan jambangan kelihatan lebih
lebat.


Gubahan orkid phalaenopsis
Bunga orkid sering menjadi pilihan penggemar dekorasi gaya elegan kerana nilai estetika yang tinggi pada bentuk, corak dan warna bunga berkenaan.

Gubahannya tidak perlu keterlaluan memandangkan fizikal yang sudah cantik terbentuk.

Hanya perlu tambahkan sedikit aksesori hiasan pada bahagian bawah untuk menaikkan seri pada gubahan bunga orkid.

Antaranya, bunga daisi mini tiruan dan daun kerangka emas untuk penampilan lebih estetik.

Kata Jerry, bunga daisi tiruan lebih sesuai digunakan berbanding yang segar kerana tahan lama.

Tambahan pula, jangka hayat orkid segar yang panjang iaitu antara satu hingga dua bulan dengan penjagaan yang betul.

Bagi memastikan jangka hayat orkid lebih lama, pastikan siraman dibuat pada bahagian tanah sahaja dan bukan bunga.

Di dalam pasu bunga orkid, letakkan beberapa kuntum daisi mini palsu .

Lengkapkan gubahan dengan kerangka daun emas untuk penampilan lebih menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN