Garis panduan kerja fleksibel Singapura efektif

Garis panduan kerja fleksibel Singapura efektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Garis panduan mengenai peraturan kerja fleksibel yang diumumkan baru-baru ini mendorong syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk memikirkan semula dasar tempat kerja mereka.

Lapor The Straits Times, bagi kebanyakan majikan tempatan, mereka yakin dengan peraturan kerja fleksibel sedia ada akan meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. 

Ketua Sumber Manusia di Google Singapore, Wiwi Goh berkata, syarikat itu tidak menetapkan waktu bekerja kerana mewujudkan persekitaran yang membolehkan pekerja ‘menginovasi idea terbaik’. 

“Selain mempunyai masa fleksibel, budaya kerja kami membolehkan pekerja Google bekerja dari mana-mana lokasi paling baik selama dua hari seminggu atau bekerja di mana-mana sahaja di dunia selama empat minggu setahun.    

“Pendekatan hibrid ini mengimbangi keperluan untuk fleksibiliti dengan tiga hari bekerja di pejabat untuk berhubung dengan rakan sekerja dan membolehkan kerjasama yang lebih besar,” katanya. 

Garis panduan tempat fleksibel membolehkan kakitangan memilih untuk bekerja di tempat lain selain dari tempat kerja. 

Garis panduan masa fleksibel pula memerlukan petugas bekerja secara fleksibel pada masa berbeza tanpa perubahan pada jumlah jam dan beban kerja. 

Berbeza dengan firma lebih kecil pula dilihat kurang yakin dengan garis panduan berkenaan kerana mempunyai sumber dan tenaga kerja yang terhad.

Peraturan sedemikian dikatakan boleh menghalang keupayaan syarikat membentuk budaya tempat kerja dan memenuhi objektif perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya