Filipina tingkat keselamatan maritim - Utusan Malaysia

Filipina tingkat keselamatan maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcor Jr menegaskan aspek keselamatan maritim perlu diperkukuhkan bagi menangani pelbagai ancaman serius yang menggugat integriti dan keamanan wilayah itu. 

Gesaan itu disuarakan selepas China menggunakan meriam air bagi mengganggu misi pembekalan semula Filipina ke Second Thomas Shoal serta beberapa siri insiden melibatkan kedua-dua negara di Laut China Selatan yang sering menjadi pertikaian.  

“Filipina terus berdepan pelbagai ancaman serius yang mengancam integriti wilayah serta keamanan rakyat negara ini. 

“Saya berjanji untuk melaksanakan tindak balas terhadap serangan secara haram, paksaan, agresif dan berbahaya,” katanya lapor Reuters.  

Marcos bertekad mahu menyusun semula majlis maritim Filipina, menambah penasihat keselamatan negara, peguam negara, Ketua Agensi Penyelaras Perisikan Kebangsaan dan pasukan bertindak Laut Cina Selatan. 

Perintah itu akan meluaskan peranan tentera dengan menamakan Angkatan Tentera Filipina, bukan hanya tentera laut sebagai agensi yang akan menyokong majlis tersebut.

Majlis Maritim Negara yang dinamakan semula akan dijadikan badan pusat untuk merangka strategi serta memastikan rangka kerja yang ‘satu, diselaraskan dan berkesan’ bagi memastikan keselamatan maritim dan tahap pemantauan perairan wilayah Filipina.

Marcos menambah jumlah agensi yang menyokong majlis itu adalah 13 berbanding sembilan, termasuk agensi angkasa lepas dan Institut Hal Ehwal Maritim dan Undang-Undang Laut Universiti Filipina.

Beijing menuntut penguasaan di hampir semua laluan Laut China Selatan yang berpotensi menjana keuntungan lebih AS$3 trilion (RM12 trilion) menerusi aktiviti perdagangan. 

Bagaimanapun, tuntutan China bertindih dengan tuntuan Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei. 

Mahkamah Timbang Tara Tetap malah memutuskan tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang, pada 2016. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya