FAM sedia buat laporan polis isu surat layang

FAM sedia buat laporan polis isu surat layang

SURAT layang membabitkan dakwaan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersebar sehari sebelum berlangsungnya Kongres Tahunan ke-60 FAM.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia membuat laporan polis berhubung
penyebaran ‘surat layang’ yang menyentuh dakwaan salah laku berlaku dalam kepemimpinan dan pengurusan badan induk berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut menyatakan rasa sedih dengan penyebaran ‘surat layang’ terbabit terutama dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Jelasnya, badan induk itu bersedia untuk mengambil langkah seterusnya apabila situasi itu dianggap boleh mengeruhkan keadaan.

“FAM juga sedang menimbang untuk membuat laporan polis berhubung surat layang terbabit kerana ia menimbulkan persepsi negatif terutamanya dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tanah air dan juga antarabangsa.

“FAM juga cuba mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan dari mana sumber asal e-mel surat layang terbabit.

“Jika ia membabitkan staf FAM, siasatan dalaman turut akan dibuat,” kata Hamidin pada sidang media selepas Kongres FAM ke-60 di Subang Jaya, sebentar tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel yang membangkitkan isu masalah kepimpinan dan pengurusan FAM.

Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu membabitkan skuad Harimau Malaya dan projek Pusat Latihan Kebangsaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya