Elizabeth Tan keguguran - Utusan Malaysia

Elizabeth Tan keguguran

KUALA LUMPUR 16 APRIL 2024 - Elizabeth Tan pada Majlis pelancaran filem Syeriff dan sidang media yang diadakan di GSC Mid Valley pada malam semalam. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan Pelakon, Elizabeth Tan mendedahkan dia pernah mengalami keguguran kandungan pertamanya pada Februari lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menjelaskan, keadaan hormon badannya masih belum stabil selepas kejadian dua bulan lalu.

“Untuk dua bulan ini, hormon saya masih tidak stabil dengan tiba-tiba muka naik jerawat, berat badan pun mendadak naik.

“Ia satu perubahan yang besar kepada diri saya. Tapi saya perlu terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Tambah Lizzy, buat masa sekarang dia perlu mengambil ubat kesuburan kerana menghadapi masalah ovulasi selepas keguguran

“Doktor sarankan untuk saya ambil ubat Clomid sebab sudah dua bulan proses ovulasi saya tidak teratur tapi ubat itu pun tidak berkesan.

“Saya baru saja menjalani ujian darah bagi mengenal pasti penyakit-penyakit lain jika ada. Buat masa sekarang belum terima keputusan lagi, tapi saya harap semuanya baik-baik saja,” jelas Lizzy.

Penyanyi Semua Sudah itu berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem Sheriff baru-baru ini.

Untuk info, Elizabeth atau nama penuhnya, Tan Su Mei, 30, mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, iaitu Siew Jim pada 21 Mac 2021.

Bercerita lanjut, Lizzy mengakui agak sukar buat dirinya untuk membawa watak sebagai seorang ibu dalam Filem Sheriff

“Susah juga untuk bawa watak sebagai ibu kerana saya bukan seorang ibu lagi, tapi abang saya ada anak-anak.

“Saya cuba bayangkan watak anak lelaki dalam filem sebagai wajah anak-anak saudara. Saya memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya anak saudara saya dibunuh atau ada orang yang cuba membunuh mereka,” katanya.

Selain Elizabeth, filem Sheriff menampilkan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Filem aksi ‘thriller’ terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura, mulai esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya