JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi mengumumkan kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella ke negara ini, hujung April depan.
Jelasnya, kunjungan itu diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan di negara ini sekaligus menjadikan Indonesia sebagai iklim kemajuan teknologi pada masa depan.
“Selepas CEO Apple, akhir bulan ini, CEO Microsoft pula akan datang.
“Kita juga sedang berusaha untuk menjemput Jason Huang dari Nvidia ke sini. Semua pemain utama teknologi maklumat dunia akan hadir ke Indonesia,” katanya di Istana Presiden, lapor Kompas.com.
Hari ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima kunjungan CEO Apple, Tim Cook di Istana Merdeka.
Kunjungan itu merupakan usaha pemimpin negara bagi menarik peluang pelaburan dalam bidang teknologi maklumat.