Apple Watch selamatkan nyawa penunggang basikal

Apple Watch selamatkan nyawa penunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Peranti Apple Watch terbukti menjadi penyelamat dalam banyak kes termasuk insiden yang menyelamatkan nyawa penunggang basikal di New York, baru-baru ini. 

Lapor NDTV, Eric Zollinger yang bekerja sebagai ejen hartanah berkata, dia berdepan detik cemas semasa mengayuh basikal dari rumahnya ke pejabat ketika cuaca hujan lebat. 

Katanya, ketika itu, dia gagal mengelak sebuah lubang akibat ditenggelamkan oleh air hujan sehingga menyebabkan dirinya tercampak dari basikal. 

Akibatnya, lelaki itu mengalami kecederaan pada hidung, muka dan lutut sebelum bergegas pulang ke rumahnya. 

Tidak lama kemudian, akhirnya, mangsa rebah dan pengsan di dalam tab mandi di bilik air.

Mujur ketika itu, Apple Watch miliknya mengesan insiden dirinya jatuh pengsan sebelum nombor 911 didail secara automatik dan menghubungi kontak kecemasan. 

“Masa itu saya dapat dengar, ‘911, laporkan kecemasan anda?

“Saya berasa sangat bersyukur dan bertuah bagaimana Apple Watch membantu diri ketika kesusahan. Ini adalah jam yang sangat pintar” kata Zollinger mengimbas insiden berkenaan. 

Dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan dan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan serius dialami.  

Jam tangan pintar itu mempunyai fungsi mengesan pemiliknya terjatuh semasa memakainya. Ia akan mengetuk pergelangan tangan, membunyikan penggera dan memaparkan amaran. 

Bagaimanapun, jika pengguna tidak bergerak sekurang-kurangnya seminit, peranti tersebut secara automatik akan memanggil ‘emergency contacts’ atau senarai kontak kecemasan dan menghantar mesej kepada mereka. Ia juga akan memanggil bantuan ambulans.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya