90 penumpang maut feri karam di luar pantai utara Mozambique

90 penumpang maut feri karam di luar pantai utara Mozambique

KIRA-KIRA 90 penumpang dari Lunga di wilayah Nampula ke pulau Mozambique maut terlibat feri karam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPULA: Lebih 90 penumpang maut selepas sebuah feri karam di luar pantai utara Mozambique dengan hanya lima berjaya diselamatkan daripada hampir 130 yang dipercayai berada di dalamnya.

Lapor BBC, bot itu dalam perjalanan dari Lunga di wilayah itu ke pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.

Memetik pihak berkuasa domestik, semua penumpang berkenaan dikatakan cuba melarikan diri daripada wabak kolera.

Setiausaha Negara untuk wilayah Nampula, Jaime Neto berkata, sewaktu kejadian, feri berkenaan dilaporkan sesak dengan penumpang.

Neto berkata, penyiasat sedang berusaha untuk mengetahui punca bencana bot itu, lapor The Guardian memetik AFP.

“Disebabkan bot itu sesak dan tidak sesuai untuk membawa penumpang, ia akhirnya karam,” katanya sambil menambah ramai kanak-kanak antara yang maut.

Video yang disiarkan dalam media sosial X menunjukkan banyak mayat terbaring di pantai dan beberapa orang membawa mayat kanak-kanak. 

Menurut laporan, dua daripada lima mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan perubatan.

Pegawai kerajaan bagaimanapun dikatakan tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN