BEIJING: Hampir 60,000 penduduk di Guangdong terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Hujan lebat menyebabkan banjir besar melanda di wilayah paling ramai penduduk di China.
Setakat ini, dilaporkan 11 orang hilang dan tiada kematian direkodkan.
Rakaman imej menerusi media dalam talian menunjukkan sebahagian besar kawasan ditenggelami banjir dan penyelamat berusaha menyelamatkan penduduk menaiki bot meredah banjir yang mencecah paras pinggang.
Pihak berkuasa memantau dengan teliti paras air yang ‘terlalu tinggi’ dan beberapa tebing sungai utama juga didapati sudah pecah. -BBC