100 maut hujan lebat, banjir kilat di Pakistan - Utusan Malaysia

100 maut hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Hujan lebat dan banjir yang membadai bahagian barat laut dan barat daya Pakistan, sejak seminggu lalu, mengorbankan hampir 100 penduduk.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional memaklumkan hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa (KP), Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir di bawah pentadbiran Pakistan.

Kira-kira 3,261 kediaman rosak dengan 536 daripadanya musnah sepenuhnya.

Banjir besar dan tanah runtuh juga mengakibatkan kerosakan jalan raya dan jambatan di KP dan Balochistan.

“Hujan dijangka berterusan sehingga 22 April depan dengan potensi banjir di wilayah Balochistan dan KP.

“Hujan lebat juga diramalkan dari 25 hingga 29 April depan dan orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi infrastruktur yang lemah strukturnya dan tidak memandu atau melalui laluan air,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya