Vietnam gesa AS segera iktiraf mereka sebagai ekonomi pasaran

Vietnam gesa AS segera iktiraf mereka sebagai ekonomi pasaran

BUI Thanh Son bercakap semasa pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken pada 25 Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Vietnam menggesa Amerika Syarikat (AS) mengiktirafnya sebagai sebuah negara ekonomi pasaran.

Negara itu berkata, hubungan perdagangan yang lebih kukuh akan memberi manfaat kepada Washington dalam bidang utama kerana ia berusaha untuk mencipta kepelbagaian selain bergantung terhadap China.

Vietnam dan China adalah antara negara yang ditetapkan sebagai ekonomi bukan pasaran oleh AS sehingga membenarkan tindakan lebih tegas ke atas eksport. 

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden pada Oktober lalu bersetuju untuk mengkaji semula status Vietnam.

Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son berkata, rakan kongsi mereka, AS sering menyebut Vietnam sebagai sebuah negara yang kuat, bebas, berdaya tahan dan makmur adalah demi kepentingan mereka. 

“Kami menantikan tindakan lebih agresif oleh AS untuk merealisasikan komitmen ini.

“Kami berharap Amerika Syarikat akan segera mengiktiraf status ekonomi pasaran Vietnam,” kata Thanh Son di badan pemikir Institusi Brookings sehari selepas bertemu pegawai tinggi termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken.

Dalam surat awal tahun ini kepada Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo, lapan senator yang diketuai oleh Sherrod Brown menggesa keputusan menentang status ekonomi pasaran untuk Vietnam sambil menunjukkan sebahagian daripada kebimbangan mengenai hak buruh tersusun di negara komunis.

Tetapi Bui berkata bahawa Vietnam menawarkan potensi dalam bidang utama yang diminati kepada AS termasuk dalam semikonduktor, mineral kritikal dan kecerdasan buatan (AI).

“Kerjasama kami dalam bidang ini boleh meningkatkan kedudukan Vietnam dalam rantaian nilai serantau dan global, yang turut memberi manfaat kepada Amerika Syarikat dan rakan kongsi lain,” katanya. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya