SINGAPURA: Mulai 2026, umur persaraan di Singapura meningkat setahun dan para pekerja di negara itu hanya boleh diminta bersara apabila mereka mencapai umur 64 tahun. Lapor CNA, ini adalah sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan secara progresif umur persaraan di Singapura kepada 65 tahun menjelang tahun 2030. Umur bekerja semula juga akan dinaikkan kepada 69 tahun pada 2026, kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Gan Siow Huang di Parlimen Singapura semalam. Ini bermakna majikan mesti menawarkan pekerja semula pekerjaan sehingga mereka mencapai umur 69 tahun. Menjelang 2030, umur bekerja semula akan dinaikkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya