GAZA CITY: Kumpulan Hamas berikrar tidak akan ada pertukaran tahanan sebelum gencatan senjata kekal dan pengunduran penuh Israel dari Gaza. Pemimpin Kanan Hamas, Osama Hamdan memberitahu dalam sidang akhbar di Beirut bahawa mereka bertindak balas kepada cadangan daripada pengantara Mesir dan Qatar. “Keselamatan rakyat kita tidak akan tercapai kecuali melalui gencatan senjata kekal, penamatan pencerobohan, pengunduran Israel dari setiap inci di Gaza dan kemasukan bantuan kepada rakyat kita di Gaza adalah keutamaan kami. “Sebarang pertukaran banduan tidak akan selesai kecuali selepas selesai semua ini,” katanya. Kenyataan Hamas itu dibuat ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya