Islam begitu menitikberatkan soal kesucian sama ada zahir mahupun batin. Oleh kerana itu ilmu fikah datang untuk menjelaskan bagaimana cara untuk menyucikan tubuh badan daripada hadas dan najis. Ilmu tasawuf pula mengajar kita cara-cara menyucikan jiwa daripada kekotoran maknawi. Garapan di antara dua ilmu adalah sangat dituntut supaya kesucian zahir dan batin benar-benar berlaku dalam diri seorang muslim. Imam al-Bukhari meriwayatkan satu hadis seperti berikut: Daripada Saidatina Aishah; isteri Nabi SAW bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila baginda mula untuk mandi disebabkan janabah, baginda memulakan dengan membasuh kedua-dua (belah tapak) tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya