Terima kasih KLFA, Khalid Samad letak jawatan

Selamat tinggal KLFA-Khalid Samad

KHALID Samad menyifatkan campur tangan politik menjadi punca masalah yang sedang dihadapi KL City ketika ini dan berisiko tersingkir daripada Liga Super.-IHSAN FLASH SUKAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) kehilangan presiden selepas Khalid Samad mengumumkan perletakan jawatan hari ini.

Tindakan melepaskan jawatan di KLFA pastinya memberi impak kepada Kuala Lumpur(KL) City ekoran Khalid juga bertindak selaku Ahli Lembaga Pengarah kelab berkenaan.

Dalam surat peletakkan jawatan Khalid itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan KLFA yang banyak membantunya selama berkhidmat selaku Presiden bermula 2019 lalu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa, kakitangan, dan semua pihak terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat.

“Saya berharap agar KLFA terus maju dan berjaya dalam usaha masa depannya,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang di bawah kepimpinan Khalid, skuad The City Boys muncul sebagai pencabar terkuat dalam saingan Liga Super termasuk menjuarai Piala Malaysia pada 2021 lalu.

Pada musim lalu KL City turut mara ke final Piala FA sebelum tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk peringkat Asia pula, KL City hampir mencipta sensasi apabila mara ke final Piala AFC namun terpaksa akur sebagai naib juara selepas tumbang kepada kelab Oman, Al Seeb.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya