Prabowo bertemu Jinping, hari ini - Utusan Malaysia

Prabowo bertemu Jinping, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menterinya, Li Qiang, hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian memaklumkan pertemuan itu dilakukan sempena kunjungan Ketua Umum Parti Gerindra itu ke China bermula hari ini sehingga 2 April depan. 

Lawatan rasmi berkenaan dilakukan selepas Prabowo menerima undangan daripada Jinping. 

“Kedua-dua pemimpin itu akan bertukar pandangan tentang hubungan bilateral serta membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama.

“China dan Indonesia mempunyai hubungan yang penting sebagai dua negara yang menyaksikan perkembangan ekonomi yang rancak. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan persahabatan serta kerjasama yang erat,” katanya lapor Tribunnews. 

Menurut Jian, hubungan bilateral antara bekas Presiden, Joko Widodo dengan Jinping sebelum ini berjaya mewujudkan momentum pertumbuhan yang kuat dan memasuki hubungan tahap baharu demi membangunkan masyarakat dan masa depan bersama. 

Jelasnya, kunjungan Prabowo ke China juga menunjukkan petanda positif mengenai kekuatan hubungan antara kedua-dua negara.

“Kunjungan ini merupakan kesempatan besar untuk meningkatkan persahabatan tradisional, memperkukuh kerjasama strategis komprehensif dan menyelaraskan strategi pembangunan.  

“Ini secara tidak langsung menjadikan contoh kepada negara-negara lain dalam merangkul masa depan bersama serta menjadi sumber kestabilan dan kekuatan untuk kebaikan di wilayah ini dengan lebih meluas,” ujarnya.

Indonesia terletak di tengah jalur laut Indo-Pasifik yang menjadi urat nadi perdagangan antarabangsa. 

China pula mengakui kepentingan Indonesia daripada perspektif geopolitik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya