Polis Marin Thailand rampas 400,000 liter minyak seludup

Polis Marin Thailand rampas 400,000 liter minyak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah kapal yang membawa muatan sebanyak 400,000 liter minyak seludup berjaya dirampas di luar pantai daerah Sattahip di wilayah timur Chon Buri, awal pagi tadi.

Rampasan dilakukan oleh Polis Marin dan Divisyen Pencegahan Jenayah hasil operasi rondaan dan mendapati kapal tersebut membawa muatan minyak tanpa dikenakan sebarang cukai.

“Seramai lima kru kapal ditahan oleh pihak polis. Aktiviti haram seperti ini memberi ancaman kepada kestabilan ekonomi negara akibat cukai yang tidak dibayar hasil operasi haram ini.

“Operasi ini penting bagi membendung aktiviti penyeludupan. Pegawai kami sentiasa berdedikasi demi memastikan keselamatan sempadan marin dan wilayah ini,” katanya lapor Bangkok Post.

Sumber polis di Bahagian Pencegahan Jenayah memaklumkan penemuan dan rampasan minyak seludup menunjukkan komitmen berterusan pasukan polis Thailand dalam memerangi aktiviti haram di kawasan pantai.

Bulan lalu, Komando Kawasan Tentera Laut Kedua, Tentera Laut Diraja Thailand menerima laporan mengenai sebuah bot yang terlibat dalam penyeludupan minyak seludup ke kapal nelayan, di Songkhla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya