Penyokong Selangor minta jangan ambil jurulatih dicucuk hidung

Penyokong Selangor minta jangan ambil jurulatih dicucuk hidung

selangor
PENYOKONG Selangor mohon pengurusan Red Giants pilih jurulatih berprinsip.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong Selangor FC mahu pihak pengurusan Red Giants memilih jurulatih yang mempunyai prinsip, bersikap tegas dan tidak mudah untuk ‘dicucuk hidung’ bagi menggantikan tempat Tan Cheng Hoe.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid berkata, kriteria itu perlu ditekankan agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ dan pihaknya berpendapat jurulatih import adalah calon sesuai untuk membimbing Selangor FC.

Bagaimanapun katanya, barisan penyokong memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan untuk memilih jurulatih berkaliber untuk membimbing pasukan khususnya bagi mendepani jadual padat pada musim 2024/2025.

“Kepakaran luar yang ingin di bawa haruslah benar-benar yang terbaik dengan meletakkan prinsip sebagai asas kehidupan. Bukan tak mahu jurulatih tempatan, anak tempatan ramai yang bagus-bagus cuma kita tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

“Kalau boleh ambil jurulatih luar yang tidak pernah melatih pasukan di Malaysia, tapi jurulatih itu juga perlukan yang terbaik dan ada kualiti kerana Selangor akan beraksi di ACL II, dan memerlukan jurulatih yang bagus.

“Apapun, saya percaya pengurusan Selangor pastinya akan memilih calon yang terbaik dan saya letak kepercayaan 100 peratus kepada pasukan untuk memilih calon terbaik,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr, Johan Kamal Hamidon berkata. pihaknya akan memilih jurulatih terbaik bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Cheng Hoe dan nama jurulatih baharu diumumkan bulan ini.

Johan turut mendedahkan empat calon jurulatih sudah dikenal pasti untuk menggalas posisi itu, bagaimanapun dia enggan mendedahkan nama calon terbabit sambil mengakui jurulatih interim, Nidzam Jamil turut termasuk dalam senarai tersebut.

Terdahulu, Cheng Hoe melepaskan jawatan secara mengejut dan memilih kelab dari Thailand, Police Tero sebagai destinasi baharu.

Posisi kosong ditinggalkan Cheng Hoe telah menimbulkan spekulasi dengan beberapa nama besar dikaitkan untuk membimbing The Red Giants.

Antara nama yang hangat menjadi sebutan termasuk bekas ketua jurulatih Vietnam dan Thailand, Park Hang Seo dan Alexandre Polking.

Kali terakhir Selangor menggunakan khidmat jurulatih luar adalah pada musim 2020 hingga 2022 iaitu melantik pengendali dari Jerman, Michael Feichtenbeiner dan Karsten Neitzel.

Untuk rekod, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu, sekali gus layak beraksi di saingan ACL II musim ini.

Malah pada musim 2022, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysia sebelum tumbang 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di final.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya