Pemain skuasy dalam RTG perlu kejar kelompok 10 terbaik dunia

Pemain skuasy dalam RTG perlu kejar kelompok 10 terbaik dunia

SKUASY antara sukan yang menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengejar kelompok 10 terbaik dunia menjadi sasaran utama Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) selepas empat pemain mereka diserapkan ke dalam Program Road To Gold (RTG) sebagai persediaan ke Sukan Olimpik 2028 (LA 2028) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Empat pemain tersebut adalah S. Sivasangari (No. 15 dunia), Ng Eain Yow (No.19 dunia) serta pasangan adik beradik, Aifa (No. 37 dunia) dan Aira Azman (No. 45 dunia).

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, beliau pernah bercakap mengenai kedudukan ranking para pemain negara dan untuk merealisasikan sasaran pingat, maka, ranking dunia mereka perlu ditingkatkan dalam tempoh empat tahun ini.

“Jika tidak berada dalam kedudukan itu sukar untuk kita dapatkan pingat, pemain-pemain yang kita senaraikan memiliki bakat untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Mungkin dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ada pemain lain yang akan tunjuk prestasi baik dan jika dia mampu naik ke dalam kelompok 10 terbaik dunia, kita akan bincang dengan RTG nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam SRAM di sini, kelmarin.

Menurut Maniam, dengan keberadaan para pemain di dalam RTG, mereka bakal mendapatkan perkhidmatan dan faedah melalui program tersebut.

Jelasnya, bagi memastikan para pemain yang berada dalam RTG mencapai sasaran yang diletakkan, SRAM akan memberi perhatian kepada prestasi semasa mereka terutama bagi mendapatkan latihan berkualiti tinggi.

“Untuk tempoh empat tahun ini, pendedahan sewajarnya perlu diberi kepada pemain-pemain ini khususnya bagi mendapatkan rakan sepelatih yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

“Saya rasa RTG boleh bantu bagi menyokong perancangan yang telah kita susun dengan menempatkan para pemain menyertai program latihan luar negara di kelab-kelab yang menempatkan pemain handalan dunia di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Mesir,” ujarnya.

Beliau memberitahu, buat masa ini, hanya Sivasangari, 25, dan Eain Yow, 26, berpangkalan di luar negara iaitu masing-masing di AS dan UK, manakala, Aifa serta Aira buat masa ini berlatih di dalam negara, tetapi mereka akan tetap dihantar menyertai latihan luar negara dari semasa ke semasa.
“Kita bukan tidak ada jurulatih yang bagus di Malaysia, tetapi, kekurangan kita ialah ketiadaan rakan sepelatih yang menghuni ranking 10 terbaik dunia, sebab itu, latihan di luar amat diperlukan,” tegasnya.

Sementara itu, pada majlis makan malam tersebut, Sivasangari dan Eain Yow diumumkan sebagai penerima Anugerah Tan Sri Alex Lee – Pemain Terbaik 2023, manakala, Aira serta Joachim Chuah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Tunku Tan Sri Imran – Pemain Muda Terbaik 2023.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya