LONDON: Badan amal anti-kemiskinan Oxfam menuduh Israel dengan sengaja menghalang penghantaran bantuan ke Gaza semasa perangnya dengan Hamas yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata dalam laporan bahawa Israel terus secara sistematik dan sengaja menyekat dan melemahkan sebarang tindak balas kemanusiaan antarabangsa yang bermakna di wilayah Palestin. Ia mendakwa bahawa Israel mengingkari perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu untuk meningkatkan bantuan di Gaza dan gagal dalam tanggungjawab undang-undang untuk melindungi rakyat di tanah yang didudukinya. Pengarah Oxfam Asia Barat dan Afrika Utara, Sally Abi Khalil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya