KUALA NERUS: Seorang murid prasekolah yang menangis tidak mahu bersekolah terpaksa dipujuk lebih dua jam oleh datuk dan neneknya, pagi ini. Muhammad Ammar Husaini Mohd. Afiq Syahmi yang berusia lima tahun adalah murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang di sini. Bagaimanapun, kembar tidak seirasnya iaitu Nurul Akmal Humaira kelihatan tenang dan ceria sepanjang proses suai kenal pada hari pertama sesi baharu persekolahan 2024/2025 hari ini. Datuk murid itu, Rosamiza Omar berkata, kedua-dua cucu kembarnya itu sangat teruja mahu ke sekolah dan ceria ketika membeli barangan persekolahan seperti baju,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya