SINGAPURA: Gangguan sistem McDonald’s yang berleluasa pada hari Jumaat lalu mengganggu operasi di seluruh Asia, termasuk di Singapura, Jepun dan China menyebabkan rangkaian restoran itu tidak dapat menerima tempahan. Malah, keadaan itu memaksa kakitangan menggunakan pen dan kertas untuk mengambil tempahan. Jurucakap McDonald’s berkata, syarikat itu menyedari gangguan teknologi yang memberi kesan kepada restorannya dan isu itu sedang diselesaikan, sambil menambah bahawa gangguan itu tidak berkaitan dengan keselamatan siber. Semasa pemeriksaan oleh CNA, kakitangan di cawangan Blok 109 Toa Payoh Lorong 1 berkata, mereka tidak dapat menerima pesanan di kaunter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya