PUCHONG: Kumpulan Lunar menepati ramalan selepas lagu nyanyian mereka Pembunuh Malam diangkat Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 yang berlangsung di ESI Grand Hall, Puchong malam tadi.
Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan tersebut membawa pulang RM15,000 berserta trofi.
Lagu tersebut turut dinobatkan Lagu Pop Terbaik, melayakkan kumpulan itu memenangi wangi tunai RM5,000 berserta trofi.
Kategori Persembahan Terbaik pula didominasi Odelia Tirza menerusi lagu Stargazing sekali gus membawa pulang RM5000 berserta trofi.
Kumpulan LXF tidak pulang tangan kosong apabila mengungguli Anugerah Lagu Hip Hop Terbaik menerusi lagu LXF, sementara kumpulan Vota menguasai kategori Lagu Rock Terbaik menerusi lagu Vota.
Pemenang tiga kategori berkenaan membawa pulang RM5000 berserta trofi.
Turut melakar kecemerlangan adalah kumpulan Armpunk Sindicate yang meungguli kategori Lagu Terpaling Platinum Cik menerusi lagu Noisy Punk sekali gus melayakkan mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM1,000.
Sebanyak 15 lagu dipertandingkan untuk semua kategori sempena edisi kali ini.
Antara panel yang menjurikan Anugerah Lagu Indie kali ini adalah WingMeng Sg, Juwito Suwito, AG Coco, Edwin Raj, Diandra Arjunaidi, Roshan Jamrock dan Adriana Adnan.
Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat (30 peratus) yang dibuka antara 26 Februari hingga 7 Mac 2024 selain pemarkahan juri (70 peratus).
Edisi kali ini menyaksikan penyertaan 626 lagu membabitkan 11, 000 undian yang didaftarkan secara dalam talian menerusi laman sesawang www.anugerahlaguindie.com.my.
Anugerah tersebut dipancarkan secara langsung menerusi platform Youtube dan laman sesawang tersebut.
senarai pemenang:
Pembunuh Malam (Lagu Terbaik)
Odelia Tirza (Persembahan Terbaik)
Pembunuh Malam (Lagu Pop Terbaik)
LXF (Lagu Hip Hop Terbaik)
Vota (Lagu Rock Terbaik)