Konsert amal untuk manfaat orang yang hidup dengan HIV

Konsert amal untuk manfaat orang yang hidup dengan HIV

hiv
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan AIDS Malaysia (YAM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAM) pada hari ini mengumumkan “ Ballads of Hope” , konsert amal yang didedikasikan untuk Orang Hidup dengan HIV.

Konsert ini dijadualkan pada 9 Mac 2024, bermula pukul 6 di Panggung Eksperimen, kampus utama Universiti Malaya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Konsert amal ini bakal menampilkan penyanyi wanita dengan vokal bernada tinggi dan Naib Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Nikki Palikat.

Penyanyi yang turut dikenali dengan nama julukan ‘Mariah Carey Malaysia’ secara sukarela menyumbangkan bakat besarnya untuk menyokong program amal ini. Turut menyertai beliau di pentas adalah bakat baharu yang kian menempa nama, Ranisha Faizul, dan alunan suara harmoni dari Kuala Lumpur Men’s Chorus.

Ballads of Hope dianjurkan oeh Persatuan Perubatan Universiti Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif ERASE (akronim Bahasa Inggeris untuk slogan ‘Hapuskan  AIDS dan Stigma untuk Kesamarataan’.

Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit HIV yang berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada rawatan antiretroviral di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pakar Jururunding Penyakit Berjangkit di Universiti Malaya dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Profesor Madya Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwamenekankan impak ERASE terhadap sahsiah dan kemandirian siswa-siwa perubatan di Universiti Malaya.

“ Objektif inisiatif ERASE adalah untuk meningkatkan kesedaran warga kampus dan juga orang ramai tentang perkembangan terkini dalam sains perubatan HIV, serta menentang mitos dan persepsi salah tentang HIV.

“Di sebalik kejayaan kita mencegah dan merawat HIV dan AIDS dengan lebih efektif, tumpuan terhadap epidemik HIV masih relevan sehingga ke hari ini. HIV dan AIDS ini harus dilihat dari perspektif kesihatan awam dan bukan melalui lensa moral.

“Inisiatif ERASE bukan sahaja berfungsi sebagai platform pendidikan tetapi juga merangkumi usaha untuk memobilisasikan sumber melalui aktiviti pengumpulan dana.

“ERASE melewati kaedah pembelajaran konvensional, mendedahkan para siswa kepada realiti sukar stigma dan diskriminasi yang dihadapi oleh Orang Hidup dengan HIV.

“Selain itu, ia bertindak sebagai pemangkin untuk refleksi dan peningkatan kualiti kendiri, memupuk kepimpinan dan menanam semangat sukarelawanism di kalangan pemimpin masa depan kita,” tambah Dr. Iskandar.

Tiket untuk Ballads for Hope dijual pada harga RM 35 untuk pelajar UM; RM 40 untuk pelajar-pelajar dari institusi lain; dan RM 50 untuk orang ramai. Untuk membeli tiket, layari laman web https://shorturl.at/gtvK8 atau imbas kod QR dalam poster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN