BALTIMORE: Pihak berkuasa menangguhkan pencarian terhadap enam orang yang hilang selepas sebuah kapal kargo berbendera Singapura merempuh Jambatan Baltimore, menyebabkan ia runtuh dan menghalang operasi salah sebuah pelabuhan komersial Amerika Syarikat (AS) yang paling sibuk. Laksamana Muda Pengawal Pantai AS, Shannon Gilreath berkata, berdasarkan tempoh masa pencarian ini, pelbagai usaha meluas sudah dilakukan. “Pada ketika ini, kami tidak percaya bahawa kami akan menemui mana-mana individu yang hilang,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi. Kesemua enam orang adalah anggota krew pembinaan waktu malam yang sedang membaiki jalan berlubang di Jambatan Francis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya