MUNGKIN ada yang skeptikal, sementelah jarang penerbit tempatan kita berani untuk mengetengahkan filem bergenre sukan. Bagi segelintir produser, filem bertemakan sukan mungkin sukar pecah panggung. Namun persoalan itu menjadi pembakar semangat untuk dua penerbit, Nashrul Nasir dan Alif Nabil yang berani menjadikan sukan dan seni sebagai gabungan dua elemen dalam pembikinan Harimau Malaya: The Untold Journey. “Pertama sekali, minat. Kami berdua memang peminat tegar bola sepak. Kami pernah menjadi saksi bagaimana prestasi pemain berada di titik terendah sebelum bangkit semula dengan penuh semangat. “Itu dapat dilihat menerusi keyakinan yang dipamerkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya