Harimau Malaya 'menangis' di laman sendiri

Harimau Malaya ‘menangis’ di laman sendiri

PEMAIN sayap Malaysia, Arif Aiman diasak pemain Oman, Ahmed Al-Khamisi pada perlawanan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 menentang Oman, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Harimau Malaya untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Oman pada aksi keempat Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Faktor padang yang menjadi isu utama sebelum sepak mula juga terbukti tidak berada dalam keadaan terbaik sehingga mengganggu corak permainan kedua-dua pasukan.

Beraksi di laman sendiri, Harimau Malaya berjaya menekan Oman pada 10 minit pertama dengan mencipta beberapa gerakan namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.

Peluang terbaik untuk Malaysia membuka tirai jaringan adalah pada minit awal permainan menerusi percubaan deras Arif Aiman Hanapi namun dinafikan penjaga gol pelawat, Ibrahim Al Mukhaini.

Selebihnya, penguasaan bola lebih banyak dimiliki Oman yang mencipta beberapa peluang namun dinafikan dengan aksi cemerlang penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi.

Usaha Oman mencari gol akhirnya berhasil pada masa kecederaan babak pertama selepas pengadil perlawanan dari Korea Selatan Ko Hyungjin menghadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran Syihan ke atas Muhsen Saleh Al Ghassani.

Peluang keemasan itu mudah dimanfaatkan Omer Al Malki dengan meletakkan bola di sebelah kiri gawang negara.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya sekali lagi bermula garang apabila mencipta dua percubaan yang memaksa Ibrahim melakukan aksi menyelamat dua kali.

Begitupun tekanan tersebut tidak bertahan lama, apabila Oman kembali mengatur gerakan menyerang dan mengawal permainan.

Minit ke-80 gawang Malaysia hampir dibolosi susulan kesilapan pertahanan negara Dion Cools yang gagal membuat hantaran yang baik kepada Syihan, menyaksikan bola dapat kepada Mohammed Mubarak Al Ghafri namun percubaannya singgah di palang gol tuan rumah.

Oman sekali hadir dengan serangan menerusi Abdul Rahman Al Mushaifri yang hanya berdepan satu lawan satu dengan Syihan namun percubaannya dinafikan penjaga gol negara.

Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Cobin Ong dijatuhkan pertahanan Oman dalam kotak penalti namun pengadil perlawanan menafikan kekasaran berkenaan.

Sebaliknya, Oman sekali lagi menembusi gawang Malaysia menerusi gerakan satu dua dalam kotak penalti yang mudah disudahkan Al Ghafri untuk memberi kemenangan kedua berturut-turut ke atas Harimau Malaya dengan jumlah jaringan sama seperti di Muscat, Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya