GAZA: Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh menuduh Israel mensabotaj rundingan gencatan senjata selepas melakukan serbuan ke atas hospital terbesar Gaza, Hospital Al-Shifa bagi menyasarkan pejuang kanan mereka. Katanya, tentera Israel mendakwa berpuluh-puluh pejuang Hamas terbunuh pada Isnin lalu dan beratus-ratus ditahan semasa serbuan ke atas hospital berkenaan, sebuah kompleks yang sesak dengan pesakit dan orang yang kehilangan tempat tinggal. “Tindakan pasukan penjajah Zionis di Kompleks Perubatan Al-Shifa mengesahkan niat mereka untuk menghalang pemulihan kehidupan di Gaza dan membongkar aspek penting kewujudan manusia. “Sasaran disengajakan terhadap pegawai polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya