Eropah bakal berperang dua tahun lagi sekiranya Ukraine tewas

Eropah bakal berperang dua tahun lagi sekiranya Ukraine tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Perdana Menteri Poland, Donald Tusk memberi amaran Eropah bakal memasuki ‘era pra-perang’ sekiranya Ukraine ditewaskan sepenuhnya oleh tentera Russia. 

Sekiranya peristiwa itu berlaku, tiada sesiapa di benua Eropah akan terselamat, lapor BBC. 

“Saya bukan mahu menakutkan sesiapa, tetapi perang bukan lagi konsep yang berlaku pada masa lalu. Ia adalah realiti dan sudah tercetus sejak dua tahun lalu. 

“Kita hidup dalam saat paling kritikal sejak berakhirnya Perang Dunia kedua. Perang dua tahun akan datang bakal menentukan segala-galanya,” katanya kepada media Eropah. 

Amaran itu disuarakan selepas Russia melancarkan deretan peluru berpandu menyasarkan Ukraine. 

Sejak beberapa minggu lalu, Moscow turut meningkatkan beberapa siri pengeboman di Ukraine. 

Jumaat lalu, tentera udara Ukraine berjaya menembak jatuh 58 dron dan 26 peluru berpandu sehingga menyebabkan infrastruktur tenaga mengalami kerosakan di enam wilayah di barat, tengah dan timur negara terbabit. 

Akibatnya, syarikat tenaga di Ukraine, Ukrenergo mengumumkan darurat terputus bekalan elektrik di tiga wilayah iaitu, Dnipropetrovsk, Zaporizhzhia dan Kirovograd sehingga memaksa pengguna menjimatkan penggunaan elektrik. 

Serangan terkini itu juga, kata Tusk yang merupakan bekas Presiden Kesatuan Eropah, selepas Presiden Russia, Vladimir Putin menuding jari terhadap Ukraine yang bertanggungjawab mendalangi serangan maut di dewan Crocus. 

Hakikatnya, ia bukanlah amaran pertama Tusk mengenai era sebelum perang kerana sudah menyampaikan mesej sama, awal bulan ini kepada pemimpin kanan Eropah. 

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pernah meminta pemimpin EU menghentikan penggunaan perkataan ‘perang’ dalam kenyataan sidang kemuncak kerana tidak mahu menyebabkan orang ramai berasa terancam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya