Dua beregu negara bertembung pada final Terbuka Switzerland

Dua beregu negara bertembung pada final Terbuka Switzerland

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei akan menyertai Masters Jepun, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian peminat badminton tanah air untuk menyaksikan dua beregu campuran negara berentap sesama sendiri dalam perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland menjadi kenyataan, hari ini.

Dalam aksi final yang akan berlangsung di St. Jakobshalle, Basel, Switzerland kira-kira pukul 10 malam ini (waktu Malaysia), beregu No. 9 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal menentang pasangan No. 14 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai.

Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan ketiga membenam pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-16, 21-12 dalam separuh akhir, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan beregu campuran Malaysia itu semakin melebarkan rekod pertemuan ke atas Hong Wei-Chia Shin yang menghuni ranking No. 12 dunia kepada 6-0.

Satu lagi wakil Malaysia, Soon Huat-Shevon pula menyingkirkan gandingan yang mara sehingga ke separuh akhir All England, Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-18, 21-16 dalam satu lagi aksi peringkat empat terbaik.

Sejak digandingkan bersama pada Disember 2022, jika Tang Jie-Ee Wei berjaya menjuarai Terbuka Switzerland, malam ini, maka, ia merupakan gelaran ketiga mereka selepas Orleans Masters dan Terbuka Taiwan yang dimenangi pada tahun lalu.

Tang Jie-Ee Wei turut berpeluang memperbaiki ranking mereka yang mana ia menjadi satu bekalan yang baik buat pasangan tersebut menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris, Julai ini.

Kedudukan ranking yang lebih bagus, akan membantu Tang Jie-Ee Wei yang bakal membuat penampilan sulung pada temasya empat tahun sekali itu mendapatkan undian yang lebih selesa.

Bagi pasangan kekasih, Soon Huat-Shevon pula, jika mereka berjaya membawa pulang gelaran Terbuka Switzerland, ia merupakan kejayaan pertama beregu itu dalam tempoh enam tahun.

Kali terakhir Soon Huat-Shevon merangkul kejuaraan ialah pada Terbuka Singapura dalam tahun 2018 dan turut berpeluang untuk memperbaiki ranking dunia mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya