GENEVA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) mempunyai dana yang mencukupi untuk terus beroperasi sehingga sekurang-kurangnya akhir Mei ini. UNRWA yang menyelaraskan hampir semua bantuan ke Gaza berada dalam krisis sejak Israel menuduh kira-kira 12 daripada 13,000 pekerjanya di Gaza terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel. Ini menyebabkan banyak negara penderma termasuk Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba menggantung pembiayaan kepada agensi itu, mengancam usahanya untuk menyampaikan bantuan yang amat diperlukan di Gaza di mana PBB memberi amaran tentang kebuluran yang akan berlaku.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya