Canon perkenal pencetak format besar

Canon perkenal pencetak format besar

canon
Canon Marketing Malaysia (Canon)  mengumumkan pelancaran inovasinya yang terbaharu dalam segmen pencetakan format besar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Canon Marketing Malaysia (Canon)  mengumumkan pelancaran inovasinya yang terbaharu dalam segmen pencetakan format besar.

Ia dengan memperkenalkan tiga pencetak Siri imagePROGRAF GP (GP-526S/546S/566S) baharu, dan tiga pencetak Siri imagePROGRAF PRO (PRO-526/546/566) baharu. Siri GP baharu ini bagi memenuhi keperluan pasaran seni grafik, manakala Siri GP baharu lebih sesuai untuk cetakan imej foto dan cetakan seni halus.

“Kami dengan sukacitanya memperkenalkan inovasi terkini kami dalam segmen pencetakan format besar, yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti cetakan, melicinkan operasi, dan menangani keperluan pelanggan kami yang sentiasa berkembang,” kata Ketua Bahagian Penyelesaian Pengimejan Perniagaan (BIS), Canon Marketing Malaysia, Jeffrey Kung.

Katanya, dengan pelancaran pencetak Siri imagePROFRAF GP dan Siri imagePROGRAF PRO baharu ini, Canon mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian sehenti, memastikan prestasi luar biasa dan penyelesaian yang mengutamakan alam sekitar.

“Matlamat kami ialah untuk memperkasakan perniagaan, dengan menyediakan alat yang diperlukan oleh mereka untuk merealisasikan visi kreatif mereka. Di Canon, kami percaya bahawa perniagaan boleh menjadi mudah, dan kami sentiasa menerajui inovasi untuk mencapai matlamat itu,” katanya.

Setiap pencetak tersebut menggunakan dakwat pigmen LUCIA PRO II baharu, yang dibangunkan untuk memberikan kualiti cetakan yang baik bagi menghasilkan poster yang bukan sahaja terang tetapi mampu menarik perhatian, sesuai untuk pengiklanan produk dan memiliki ciri-ciri tahan cahaya dan tahan calar yang lebih baik.

Kedua-duanya dilengkapi dengan penutup lut sinar untuk kertas gulung dan tangki dakwat, memudahkan pengguna memeriksa bekalan. Pencahayaan dalamannya membolehkan pengguna memeriksa cetakan yang sedang berjalan, dan panelnya yang luas memberikan pandangan jelas baki kertas dan paras dakwat.

Untuk operasi yang lebih lancar, pencetak ini turut dilengkapi dengan sistem pengesanan dakwat baharu yang memantau keadaan dakwat bagi mengoptimumkan kedudukan pendaratan, memastikan kualiti imej yang tinggi serta menghalang berlakunya peralihan warna.

Fungsi “Smart Roll Paper Set” mengesan sumber kertas, jenis, dan anggaran baki kertas secara automatik, mempercepatkan proses suapan kertas dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan pencetak untuk operasi yang stabil. 

Siri imagePROGRAF GP direka bentuk untuk pencetakan berkelajuan tinggi, bagi memenuhi pelbagai segmen pasaran seperti agensi pengiklanan dalaman dan kedai mencetak. Dengan tujuh dakwat pigmen warna LUCIA PRO II, pencetakan cemerlang dengan penggredan yang licin boleh dicapai, menyokong pencetakan poster bertekstur halus dan berkualiti tinggi.

Sementara itu, Siri imagePROGRAF PRO pula menetapkan standard baharu untuk pencetakan dengan menampilkan 12 dakwat pigmen LUCIA PRO II yang memberikan julat warna yang lebih meluas, sesuai untuk cetakan foto dan aplikasi seni halus pada pelbagai media kertas.

Bagi menyokong kemampanan, pencetak inkjet format besar baharu Canon didatangkan dalam bungkusan kadbod mesra alam dan bukannya Styrofoam. Penggunaan bahan pembungkusan busa polistirena telah dikurangkan sebanyak 89.5% dalam kedua-dua model “GP-546S” dan “PRO-546”. Bungkusan kadbod beralun itu boleh dilipat, menjadikannya lebih kompak semasa pemasangan dan dapat mengurangkan sisa buangan.

Kedua-dua pencetak Siri imagePROGRAF GP dan Siri imeagePROGRAF PRO boleh didapati di rakan pengedar Canon yang sah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk pencetak format besar terkini Canon, sila layari Product List – Large Format Printers – Canon Malaysia (my.canon). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya