MARANG: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh percaya tindakannya mengajak pengguna memboikot rangkaian kedai serbaneka, KK Mart tidak berkaitan dengan isu agama, bangsa dan institusi raja (3R). Beliau berkata, tindakan memboikot kedai serbaneka itu dilakukan bukan atas dasar kaum tetapi untuk memberi pengajaran atas penjualan stoking bercetak kalimah Allah yang menyakiti hati umat Islam. “Boikot (KK Mart) bukan isu 3R, saya konsisten tidak berganjak meminta rakyat terus memboikot dengan tenang untuk beri pengajaran. “Kita tidak sentuh mana-mana, agama, bangsa dan kaum,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Dato’ Haji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya