Rumah-rumah papan beratap nipah di tepi pantai, air laut yang membiru dan pohon nyiur menggamit kenangan menyambut Ramadan di kampung. Suasana ini dibawa khas untuk anda yang berbuka puasa di Grand Ballroom, Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Selain pemandangan indah, bufet berbuka puasa, Grand Citarasa menawarkan hidangan berasaskan sumber lautan hasil tangkapan nelayan seperti ketam, kepah buluh, udang dan kepah hitam. Pembuka selera seperti sotong masala vol au vent antara menu unik yang dihidangkan. Rempah masala sebati bersama sotong, tomato, bawang dan krim mentega diletakkan di atas pastri beracuan tart.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya