BDB Challenge 2024 tawar tiga acara sukan lasak

BDB Challenge 2024 tawar tiga acara sukan lasak

BDB Challenge 2024
Bina Darulaman Berhad (BDB) kembali dengan penganjuran siri sukan lasak BDB Challenge 2024 yang menawarkan tiga acara sukan lasak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bina Darulaman Berhad (BDB) kembali dengan penganjuran siri sukan lasak BDB Challenge 2024 yang menawarkan tiga acara sukan lasak kepada mereka yang ingin menguji ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental.

Zawawi Wahab, mewakili Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, BDB Challenge 2024 merupakan kesinambungan kepada penganjuran BDB Triple Challenge yang pernah dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017 serta BDB Challenge 2018.

Menurut beliau, BDB Challenge 2024 tampil dengan wajah baharu di mana tiga siri sukan lasak yang berbeza diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu BDB Langkawi Climb (28 dan 29 Jun 2024), BDB Jitra Duathlon (26 dan 27 Julai 2024) dan BDB Jitra Half Marathon (29 dan 30 November 2024.)

“BDB Challenge 2024 dijangka mampu untuk menarik pelbagai penggemar sukan lasak di mana pada kali ini mereka boleh menyertai pelbagai jenis disiplin seperti mendaki, memanjat, berbasikal serta marathon.

“Untuk ketiga-tiga siri berkenaan BDB menyasarkan 500 orang peserta masing-masing bagi BDB Langkawi Climb dan BDB Jitra Duathlon manakala 2,000 peserta bagi BDB Jitra Half Marathon yang sememangnya sudah mempunyai pengikut tegarnya tersendiri.

“Dalam masa yang, BDB Challenge 2024 juga ingin memperkenalkan kembali Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi yang merupakan destinasi eko-pelancongan kepada orang ramai di samping mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pelancaran BDB Challenge 2024 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim di Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Sulaiman, Ketua Balai Polis Jitra, ASP Radzi Md Isa dan Ketua Polis Trafik Daerah Kubang Pasu, ASP Muhammad Juhaisam Jusoh.

BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah sentiasa menjadikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) sebagai sasaran kepada setiap perancangan strategik perniagaan yang dibuat bagi membolehkan mendapatkan manfaat sejajar dengan hasrat yang telahpun dirancang.

Jelas beliau, antara salah satu intipati PPK 2035 ialah Teras 3 berkenaan aspek keterangkuman sosial dan budaya. salah satu strategi di dalam berkenaan adalah mengukuhkan integrasi sosial,
nilai murni dan gaya hidup aktif dan sihat.

“Untuk mencapai matlamat Teras 3 tersebut BDB berusaha untuk membantu Kerajaan Negeri menerusi penganjuran acara sukan seperti BDB Challenge 2024 ini sebagai salah satu inisiatif dalam memastikan rakyat Kedah khususnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Rakyat yang sihat mental dan fizikal sudah pasti akan membolehkan penghasilan produktiviti yang tinggi sekaligus ia akan membantu memacu Negeri Kedah mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang tahun 2035,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya