Utusan Malaysia dinobat akhbar paling berpengaruh 2023

Utusan Malaysia dinobat akhbar paling berpengaruh 2023

Utusan Malaysia dinobatkan sebagai Akhbar Paling Berpengaruh 2023 menerusi Anugerah MFMPA di Matic, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Utusan Malaysia dinobatkan sebagai Akhbar Paling Berpengaruh 2023.

Pengiktirafan itu diraih dalam Anugerah Persatuan Fesyen, Model, dan Pageant Malaysia (MFMPA) di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Utusan Malaysia membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Presiden MFMPA, Dr. Jason Hee.

Yang hadir sama, Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Chacko George Vadaketh.

Antara pemenang lain ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi kategori Stesen Televisyen Perdana manakala Malaysia Gazette (Portal Berita Cemerlang).

Anugerah MFMPA yang dianjurkan sejak 2020 itu mengiktiraf pelbagai individu yang berpotensi besar dalam industri seni.

Sebanyak 90 anugerah dipertandingkan membabitkan pengurusan acara, dandanan rambut, tatarias, media, agensi perhubungan awam, syarikat produksi, pereka grafik, pelakon dan sektor berkaitan hiburan.

Acara berprestij itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Pusat Pelancongan Malaysia dan Finas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN