TMJ cabar Selangor tewaskan JDT

TMJ cabar Selangor tewaskan JDT

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Selangor untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga M) Mei ini.

Sejak lapan musim lalu, Red Giants tidak pernah mampu menewaskan JDT meskipun saban tahun memiliki dana cukup besar untuk bersaing dalam Liga M.

Pemilik JDT itu, turut berkongsi fakta keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan, selain jumlah dana diterima Selangor setiap tahun daripada kerajaan negeri iaitu berjumlah RM46 juta.

“4-0 di laman sendiri, 4-0 di tempat lawan, 2-0 di laman sendiri. Agregat keseluruhan 10-0. Kali terakhir JDT kalah dengan Selangor ketika zaman Dato’ Subahan.

“Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama 8 tahun dengan Selangor baru.

“(RM) 46 juta setahun kerajaan beri sokongan dan masih gagal selama 8 tahun,” kata Tunku Ismail di laman sosial,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

Tambahnya, kejayaan pemenang 33 kali trofi Piala Malaysia beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) adalah hasil bantuan kelabnya.

Jelasnya, skuad Harimau Selatan berjaya menyumbangkan mata ranking MA AFC yang cukup banyak sekali gus membolehkan satu lagi wakil negara beraksi di saingan ACL 2, manakala JDT akan bertanding di ACL Elite.

Musim baharu Liga M dijadual bermula Mei ini dengan JDT dilihat bakal mengekalkan kejuaraan selepas sedekad mendominasi Liga Super.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya