GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengutuk gelombang serangan Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke atas Yemen. Kumpulan itu turut memberi amaran bahawa serangan itu akan membawa kekacauan lagi ke Asia Barat. Hamas dalam satu kenyataan menyebut pengeboman pemberontak Houthi menyasarkan serangan terang-terangan terhadap kedaulatan negara Arab dan mengheret wilayah itu ke dalam kegawatan lagi. Semalam, AS dan Britain menyerang berpuluh-puluh tempat sasaran di Yemen, operasi ketiga mereka sebagai tindak balas kepada serangan berulang kumpulan Houthi ke atas perkapalan Laut Merah yang mengganggu perdagangan global. Serangan udara di Yemen itu berlaku sehari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya