SAM kecewa sikap Pandelela tunding jari kepada media

SAM kecewa sikap Pandelela tunding jari kepada media

Presiden SAM, Norismadi Abd Manap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) kecewa dengan tindakan atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong yang menyalahkan media sebagai punca kepada kemelut yang sedang melanda dalam kem terjun negara susulan prestasi di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.

Menerusi hantaran di laman sosial Pandelela dia berpendapat, media memutar belit kenyataan yang dikeluarkan ketika sesi temuramah selepas pasukan terjun kembali dari Doha.

Menurut Presiden SAM, Norismadi Abd Manap, beliau menegaskan media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas dan menyampaikan laporan sama ada cetak, elektronik mahupun portal dalam talian.

“Laporan dibuat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan dan segala sesi direkodkan sebagai rujukan dalam penulisan. Justeru, adalah tidak adil untuk menunding jari terhadap media secara melulu.

“Media tidak pernah menafikan sumbangan yang diberikan oleh Datuk Pandelela namun untuk menyalahkan media adalah tindakan yang tidak wajar,” kata Norismadi.

Pihak SAM sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak dalam arena sukan Malaysia jika ada salah faham yang memerlukan penjelasan bagi mengelakkan kekeruhan berpanjangan.

“Penggunaan media sosial sebagai platform untuk meluahkan pandangan atau kekecewaan tanpa berbincang atau mendapatkan penjelasan daripada pihak media terbabit mahupun SAM adalah tidak menggambarkan diri anda sebagai atlet profesional,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya