JOHANNESBURG: Presiden Namibia, Hage Geingob, 82, meninggal dunia di Hospital Lady Pohamba di Windhoek, beberapa minggu selepas disahkan menghidap kanser. Sehubungan itu, Naib Presiden Namibia, Nangolo Mbumba memangku tugas Presiden serta menerajui Namibia sehingga Pilihan Raya Presiden dan Parlimen diadakan pada akhir tahun ini. Geingob yang bertanggungjawab ke atas negara Afrika selatan yang kurang penduduk sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dirinya terselamat daripada kanser prostat pada 2015. Malah, pada akhir bulan lalu, Geingob pergi ke Amerika Syarikat untuk melakukan rawatan dua hari untuk mematikan sel-sel kanser. Dilahirkan pada tahun 1941,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya