PPIP USM semai bakti wanita Semai, tubuh koperasi pertama

PPIP USM semai bakti wanita Semai, tubuh koperasi pertama

Sebahagian peserta dan urus setia PPIP USM dalam program bersama wanita-wanita Orang Asli (Semai) di Batu 14, Tapah, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: W.O.A Cooperative (2024) 1.0 membuka jendela 2024 dengan menganjurkan tiga sesi program khusus kepada ahli koperasi yang terdiri daripada wanita Orang Asli (Semai) di Batu 14, Tapah, Perak.

Penubuhan koperasi ini adalah inisiatif yang diambil oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Negeri Perak dan Kedah dalam membantu mereka untuk meningkatkan tahap sosioekonomi.

Projek kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan JKOA itu mensasarkan tiga objektif sepanjang program ini dijalankan.

Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi Dan Libatsama Industri dan Komuniti, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM merangkap Ketua Projek W.O.A Cooperative (2024) 1.0, Prof Madya Dr Aziah Ismail berkata program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh wanita-wanita pengurus koperasi.

“Kami menyediakan kepakaran dari aspek kemahiran pengurusan organisasi, pengurusan sosioemosi kaum wanita yang menjadi pengurus koperasi dan kemahiran pemasaran digital dan ‘networking’ yang dirangka dalam tiga sesi program,” katanya.

Projek yang bermula pada 13 hingga 15 Februari 2024 lalu dijayakan oleh pensyarah-pensyarah PPIP USM dan pelajar-pelajar pasca siswazah Malaysia, Indonesia dan Pakistan.

Selain itu program ini turut mendapat pengembelingan sokongan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perak, Yakult Malaysia, Free Tree Society (FTS) dan DIRIBUMI Ecological Services.

Semua pihak berkenaan memainkan peranan tersendiri dan inilah di antara kekuatan projek tersebut.

Aktiviti penanaman anak pokok dengan bimbingan Free Tree Society & DIRIBUMI Ecological Services.

Sementara itu, Pengarah JKOA, Hairul Nizam Abd. Rahman berkata pihaknya menyokong penuh projek ini memandangkan ini adalah koperasi wanita Orang Asli pertama di Perak.

Perkongsian ilmu daripada Pengarah JKOA N. Perak dan Kedah, Harul Nizam Abd Rahman.

“Memang terdapat banyak koperasi Orang Asli di Perak namun dengan penubuhan koperasi ini, kita mahu melihat wanita-wanita Semai ini keluar daripada zon selesa dan bersedia untuk bersaing dengan dunia luar.

“Kerjasama dan kepakaran daripada USM dan rakan sinergi lain amat kami perlukan,” katanya.

Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria turut menyokong usaha PPIP USM ini memandangkan kaum wanita Orang Asli kini perlu lebih beriltizam untuk membina kerjaya di luar daripada kampung mereka.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Jamilah Zakaria iaitu Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).

“Walaupun baru setahun ditubuhkan, saya yakin Koperasi Wanita Orang Asli ini mampu melangkah jauh berdasarkan komitmen tinggi semua ahli koperasi.

“Mereka telah didedahkan dengan karnival usahawan, bengkel, kursus dan program ini merupakan booster untuk mereka lebih yakin memacu peranan sebagai usahawan melalui koperasi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya