BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak terma gencatan senjata yang dicadangkan oleh Hamas sebaliknya dengan angkuh menegaskan akan mencapai kemenangan di Gaza dalam tempoh beberapa bulan lagi. Hamas mencadangkan gencatan senjata selama empat setengah bulan, di mana semua tebusan akan dibebaskan, Israel akan mengundurkan tenteranya dari Gaza dan persetujuan dicapai untuk menamatkan perang. Tawaran Hamas itu merupakan tindak balas kepada cadangan awal dirangka ketua perisik AS dan Israel yang dihantar kepada kumpulan pejuang itu minggu lalu oleh pengantara Qatar dan Mesir. Netanyahu mendakwa tuntutan itu hanya ‘khayalan’ dan memperbaharui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya