MELAKA: Kehadiran replika naga dengan panjang kira-kira 200 meter di Jonker Walk, Banda Hilir di sini bakal memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina di lokasi tumpuan pelancongan itu. Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo berkata, naga yang menjadi lambang zodiak tahun ini menelan kos sebanyak RM500,000 untuk disiapkan sejak dua bulan lalu. Katanya, saiz replika yang boleh dianggap terbesar di dunia itu berukuran 588 kaki atau 179.2 meter panjang dengan berat mencecah 160 kilogram (kg). “Selain bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, persembahan ini juga adalah sempena Tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya