Magis Sonny pacu Korea Selatan ke separuh akhir

Magis Sonny pacu Korea Selatan ke separuh akhir

KAPTEN Korea Selatan Son Heung Min (kiri) meraikan jaringan kemenangan bersama Hwang Hee-chan ketika berdepan Australia di suku akhir Piala Asia 2023.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL WAKRAH, Qatar: Ledakan kapten Korea Selatan Son Heung-min menerusi sepakan bola mati menarik mengesahkan tempat buat pasukannya ke separuh akhir Piala Asia 2023.

Bangkit mengikat Australia pada 90 minit masa sebenar, sebelum menggunakan 30 minit masa tambahan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad Socceroos di Stadium Al-Janoub, Al-Wakrah, malam tadi.

Keputusan itu memastikan misi Taegeuk Warriors terus menyala bagi menamatkan penantian 64 tahun untuk bergelar juara kali ketiga selepas edisi 1956 dan 1960.

Kemenangan itu juga cukup manis selepas edisi 2015, Korea Selatan dikecewakan Australia di final dengan keputusan sama.

Heung-min atau turut dikenali sebagai Sonny meledak gol kemenangan menerusi sepakan bola mati di pada minit ke-104 selepas menghadiahkan penalti untuk Korea Selatan di akhir masa permainan sebenar.

Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Craig Goodwin di penghujung babak pertama sebelum anak buah Jurgen Klinsmann menyamakan kedudukan menerusi penalti penyerang Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee-chan pada minit ke-96.

Seterusnya, Korea Selatan akan kembali berdepan lawan di sama di Kumpulan E, Jordan pada aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Ahmad Bin Ali di Al Rayyan, Selasa depan.

Malam ini, dua lagi aksi suku akhir akan berlangsung membabitkan juara bertahan, Qatar berdepan Uzbekistan manakala pasukan pilihan, Jepun menentang Iran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya