KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara diselubungi duka apabila dikhabarkan legenda bola sepak negara, Abd Mohd Khalid Bin Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Allahyarham Khalid antara wira yang membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah menyarung jersi Selangor serta Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh rakan terdekat yang juga pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaysia.
“Assalamualaikum semua…Sahabat kita Khalid Ali meninggal dunia jam 3.03pm (petang) di PPUM,” maklum
Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru dan telah menjalani beberapa sesi rawatan selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit berkenaan.-UTUSAN