KUALA TERENGGANU: Keunikan keropok lekor gergasi seberat 500 gram yang dijual seorang usahawan di sini terus menjadi tarikan pelancong yang datang ke negeri ini untuk dijadikan sebagai buah tangan. Pemilik Kori Keropok Lekor Losong, Ahmad Bukhori Ayob, 38, berkata, dia perlu menyediakan lebih 500 kilogram ikan setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan setiap kali tibanya musim cuti persekolahan. Menurutnya, ramai pelanggan yang berminat membeli keropok lekor gergasi itu kerana ia lebih besar berbanding saiz biasa 100 gram yang kebiasaannya dijual di seluruh Terengganu. “Setiap kali cuti sekolah, memang saya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya