Hamas sudah kemuka cadangan perjanjian gencatan senjata untuk

Hamas sudah kemuka cadangan perjanjian gencatan senjata untuk Gaza

GAMBAR dari selatan Israel di sepanjang sempadan Gaza menunjukkan kereta kebal Israel bergerak di kawasan bangunan yang runtuh akibat dibom. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan maklum balas terhadap cadangan perjanjian gencatan senjata untuk Gaza.

Lapor Sky News, perjanjian itu dirangka oleh Mesir dan Qatar yang menjadi pengantara rundingan di antara kedua-dua pihak iaitu Israel dan Hamas.

Namun, ia masih belum jelas apa yang terkandung dalam maklum balas itu dan ia berkemungkinan kekal dirahsiakan buat masa ini kerana bersifat rundingan yang sensitif.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata, pegawai mereka sedang mengkaji semula maklum balas daripada Hamas.

Di bawah terma perjanjian itu, kumpulan Hamas akan membebaskan tebusan sebagai pertukaran untuk berhenti berpanja­ngan dalam pertempuran di Gaza.

Blinken dalam sidang akhbar di Qatar berkata, beliau akan membincangkan tindak balas Hamas dengan pegawai Israel apabila melawat negara itu.

“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi kami terus percaya bahawa perjanjian itu sememangnya penting,” katanya.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani sebelum ini berkata, Hamas memberikan maklum balas positif terhadap rangka kerja umum perjanjian yang dikemukakan untuk pembebasan tebusan Israel.

Bercakap dalam sidang akhbar, Sheikh Mohammed Abdulrahman berkata, pejuang Hamas mempunyai rangka kerja itu dan maklum balas secara keseluruhannya positif.

Beliau enggan memberikan butiran lanjut berhubung perkara itu kerana melibatkan sensitiviti, namun berkata beliau optimistik dan maklum balas itu diserahkan kepada Israel.

Qatar terlibat dalam pengantara rundingan antara Israel dan Hamas, namun, enggan bercakap secara langsung.

Israel mahu pemulangan tebusan yang ditahan di Gaza tetapi Hamas berkata, ia hanya akan berbuat demikian jika gencatan senjata dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya