PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serius untuk memajukan sukan Futsal di negara ini dengan penganjuran Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1. Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, kemeriahan dan mutu Divisyen 1 tidak akan terjejas walaupun hanya lapan pasukan bertanding pada musim ini. Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM berkata, lapan pasukan itu adalah pasukan yang biasa mengambil bahagian dan mempunyai peminat tersendiri. “Pada majlis perasmian MPFL Divisyen 1, Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) yang hadir untuk merasmikannya, kita nak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya