RAFAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Hind Rajab dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki bersama ahli keluarganya diserang dan ditembak tentera Israel di Bandar Gaza. Hind dikatakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam serangan itu dan sempat menelefon datuknya untuk memberitahu bahawa mereka diserang manakala saudara maranya mati dibunuh. Datuknya, Baha Hamada berkata, cucunya itu berada dalam ketakutan sewaktu membuat panggilan telefon. “Dia ketakutan dan cedera di belakang, tangan dan kakinya. “Dia terus meminta saya untuk datang mendapatkannya,” kata Baha sambil menangis apabila mengingati semula panggilan Hind yang menyayat hati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya