WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan masih sesuai untuk bertugas tanpa sebarang kebimbangan kesihatan pada usianya 81 tahun.
Menurut doktor peribadinya selepas perubatan terakhir, Biden masih cergas untuk menghadapi pilihan raya.
Terdahulu, terdapat laporan peguam khas yang menggambarkan beliau sebagai orang tua dan pelupa.
“Dia terus cergas untuk bertugas dan melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawabnya tanpa sebarang pengecualian,” kata doktor White House, Kevin O’Connor dalam ringkasan.
Menurut O’Connor selepas pemeriksaan, satu-satunya isu baharu tahun ini ialah penggunaan mesin Biden untuk mengurangkan gangguan tidur bersama-sama dengan prosedur pergigian.
Biden berdepan kemungkinan bertanding semula dengan bekas Presiden AS, Donald Trump yang berusia 77 tahun pada pilihan raya November nanti.
Bagaimanapun, Biden terus mengalami pelbagai masalah kecil termasuk masalah injap jantung yang kecil tetapi tiada perubahan ketara daripada tahun lepas.
O’Connor memberitahu, apa yang penting, pemeriksaan yang meyakinkan dan sangat terperinci selain tidak menemukan tanda-tanda masalah saraf termasuk Parkinson atau strok.
“Presiden Biden ialah seorang lelaki berusia 81 tahun yang sihat, aktif, teguh, yang kekal cergas untuk melaksanakan tugas jawatan presiden dengan jayanya,” katanya.
Pemeriksaan perubatan rutin Biden dilakukan ketika kebimbangan pengundi meningkat mengenai usia seorang pemimpin yang akan berusia 86 tahun pada penghujung penggal kedua untuk memegang jawatan. -AFP